Friday 17 June 2011

I wIsH i KnOw

I wish I knew
What I was supposed to do.
There are so many questions
That I don't know the answers too.
There are choices that need to be made
There are things I just can't do.
In this life,
I need to start creating my own.
There's no way,
I can continue on like this.
Is there a chance
That I might make it through?
I wish I knew.
I can't stay here,
I need to move on.
There's so much, that needs to be done.
I've got to make this my life,
Something worth living for.
I might not know
What's to come,
But there is one thing I know
That's going to be, Im gonna miss you.
There is so much I need to learn
So much I can't do.
Yet I'm going to make it through.
Maybe one day,
I'll end up just like you,
I wish I knew.
This future holds much,
I'm not going to fight it anymore.
There's just too much to do.
I'm going to live my life
Just the way I want to.
I don't know what's going to happen,
I don't know where I'll be
I wish I knew
But I'll tell you something.
I'll somehow make it through.

Thursday 16 June 2011

Dajjal Pasti Muncul

 Fatimah binti Qais menceritakan, dia pernah bersolat bersama Rasulullah. Saya berada di saf wanita di belakang kaum lelaki. Setelah menyelesaikan solat, Rasulullah duduk di atas mimbar sambil tersenyum, seraya berkata,'Setiap orang perlu tetap berada di tempatnya masing-masing.'
kemudian Rasulullah bertanya, 'Apakah kamu tahu mengapa saya menyuruh kalian berkumpul?'
Mereka menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.'
Rasulullah bersabda, 'Demi Allah saya tidak menyuruh kalian berkumpul kerana senang atau tidak senang. Tetapi saya menyuruh kalian berkumpul kerana Tamim ad-Dari, yang tadinya seorang Nasrani, datang untuk berbaiah dan masuk islam. Dia menyampaikan kisahnya yang mirip dengan apa yang hendak saya sampaikan kepada kalian, mengenai al-Masih ad-Dajjal. Dia memberitahu kepada saya, dia pernah menaiki perahu mengharungi lautan bersama tiga puluh orang dari bangsa Lakham dan Judzam. Di tengah lautan, mereka dilambung gelombang selama sebulan, hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut. Ketika itu, matahari sudah terbenam. Mereka duduk di dalam sekoci, sejenis perahu kecil, mengayuh ke pantai dan menemui sebuah pulau.
Mereka bertemu dengan seekor binatang berbulu tebal sehingga mereka tidak tahu yang mana bahagian hadapan dan bahagian belakang binatang itu, kerana bulunya yang amat lebat.'
'celaka kamu, apakah kamu ini?' tanya mereka.
Binatang itu menjawab, 'Aku adalah mata-mata.'
Mereka bertanya, 'Mata-mata tentang apa?'
Ia menjawab, 'Temuilah orang yang ada di dalam biara itu, kerana dia membawa berita yang menarik bagi kalian.'
'Ketika ia memberi gambaran mengenai lelaki di dalam biara itu, kami mula bimbang kalau-kalau ia adalah syaitan.Namun kami segera pergi ke sana dan memasuki biara tersebut. Ternyata kami berhadapan dengan orang paling besar yang pernah kami jumpa. Ia diikat dengan belenggu yang amat kuat,  kedua tangannya terikat ke lehernya, dari mata kaki hingga ke lutut ada besi yang membelenggunya.'
'Siapa kamu?' kami bertanya.
Ia berkata, 'Kamu ditakdirkan sampai ke tempat ini untuk mendapatkan berita tentang diriku. Tetapi katakan dulu siapa kalian ini?'
Kami menjawab, 'Kami adalah orang Arab yang menaiki perahu dan mengharungi lautan sehingga kami dilambung gelombang selama sebulan. Akhirnya kami terdampar di pulau kamu ini. Kami menaiki sekoci dan kami masuk ke pulau ini. Kami bertemu dengan binatang berbulu lebat, sehingga kami tidak dapat menduga yang mana bahagian hadapannya dan mana bahagian belakangnya, kerana bulunya yang amat lebat. Akhirnya dia menunjukkan lokasi kamu di sini dan kami tidak merasa aman sekiranya kamu ini adalah syaitan.'
Ia berkata, 'Katakan kepadaku tentang kebun kurma di Bisan(di Syam).'
Kami bertanya,'Berita apa yang kamu kehendaki?'
Ia berkata, 'Beritahu kepada aku apakah kurmanya sudah berbuah?'
'Ya, ia sudah berbuah,' jawab kami.
Ia berkata, 'Nanti ia tidak akan berbuah lagi.' Lalu dia berkata lagi, 'Beritahu kepadaku tentang Lut Thibriyah.'
Kami bertanya,'Apa yang kamu mahu tahu mengenainya?'
'Apakah di sana ada air?' dia menyoal lagi.
Kami menjawab, 'Airnya banyak,'
Dia berkata, 'Airnya akan hilang dengan segera nanti.' Lalu dia berkata,' Ceritakan kepada aku mengenai Air Zaghar.'
'Apa yang kamu mahu tahu mengenainya?' kami bertanya.
'Apakah mata airnya masih mengeluarkan air? Apakah penduduknya masih bercucuk tanam menggunakan air itu?' dia bertanya lagi.
'Ya, airnya melimpah ruah dan penduduknya bercucuk tanam dengan air itu.' Kami memberikan jawapan.
'Beritahukan kepada aku mengenai seorang nabi yang tidak tahu membaca, apa yang dilakukannya?'tanyanya.
Kami menjawab, 'Dia keluar dari Makkah dan berada di Yathrib.'
'Apakah orang Arab memusuhinya?' dia bertanya.
Kami menjawab,'Benar.'
'Apa yang dilakukannya terhadap mereka?' tanyanya.
Kami memberitahu kepadanya, beliau telah memperkenalkan dirinya kepada setiap orang Arab dan mereka patuh kepadanya.
Dia berkata,'Benarkah itu terjadi?'
'Ya,'jawab kami.
Ia berkata, 'Memang itu adalah yang terbaik bagi mereka, iaitu dengan mentaatinya,'
'Aku akan memberitahu kepada kalian bahawa aku adalah al-Masih Dajjal.
Tidak lama lagi aku diizinkan keluar. Aku akan keluar dan pergi ke seluruh pelosok bumi. Aku akan menetap di setiap tempat selama empat puluh hari, kecuali di makkah dan madinah, dua kota suci. sekiranya aku mahu memasuki salah satu di antara keduanya, seorang malaikat akan bertembung dengan aku sambil membawa pedang terhunus untuk menghalang aku. Di setiap jalannya ada malaikat yang mengawal.'
Rasulullah berkata, 'ingatlah, saya sudah menyampaikan berita ini kepada kamu semua.'
'Ya,' jawab mereka.
Rasulullah berkata, 'Saya hairan dengan kisah Tamin, kerana apa yang terjadi kepadanya sama dengan apa yang pernah saya sampaikan kepada kalian, mengenai Madinah dan Makkah.
Kemudian Rasulullah berkata lagi,'ketahuilah, Dajjal tidak muncul di Laut Syam atau Laut Yaman, tetapi di sebelah timur.' Beliau memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.
Fatimah binti Qais berkata, 'Saya masih menghafal hal ini dari Rasulullah.'
(Diriwayatkan Muslim dan Abu Daud)