Monday 18 April 2011

abu bakr dan pencariannya dalam agama

Cerita tentang Rubben dan pencariannya dalam agama. Tak jemu-jemu dia mendalami pelbagai agama serta mencari jawapan untuk semua persoalan kehidupan.
Nama islamnya adalah Abu Bakr dan tinggal di Melbourne, Australia.

Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Abu Bakr berkata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawannya. Semua ini menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (dalam kubur)?

Selepas itu dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berjuta-juta manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan.

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia cuba cari dalam agama Hindu,Yahudi dan Buddha. Tapi dia tak menjumpai jawapannya. Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam. Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada saudara yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Abu Bakr mengambil masa berbulan-bulan untuk memahami ayat-ayat dalam Al-Quran.

Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam itu dia berbual-bual dengan beberapa saudara. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.

Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang berada di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sikit tolakan untuk terjun je!
Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa saja petunjuk Ya Allah..”
Dan dia terus menunggu . .
Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada ku sesuatu!
Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pun sebagai petanda yang dia mahukan. Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! ‘Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!’

Dia sangat terpana!Abu Bakr pun tutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim.
Jadi malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu adalah malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ada juga terdetik dalam hatinya, apa akan jadi kalau dia salah mengucap syahadah. Adakah orang yang ramai ini akan membunuhnya?(dia ingat org muslim adalah pengganas)

Dan dia kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua saudara yang lain memeluknya.
Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu sahaja dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai

No comments:

Post a Comment