Monday 18 April 2011

pengorbanan seorang ibu...

Amer adalah anak tunggal mak cik senah. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia
12 tahun. Sejak dari itu, ibunyalah yang menyara hidup mereka dengan menjahit dan menjual kuih. Amer selalu diejek oleh teman-temannya di sekolah.Pada suatu petang, ketika amer sedang membaca buku. Usop, musuh utamanya datang menghampirinya.'Woi Amer, mana mak kau yang buta tu!'ejek Usop, rakan sekelasnya. Ejekan itu diikuti dengan gelakan dari rakan yang lain. Amer berpura-pura tidak mendengar ejekan Usop dan meneruskan bacaannya. 'Woi kau pekak ke? dah la mak kau buta, kau pula pekak. memang keluarga OKU la kau.'Ejek usop lagi. Tetapi amer masih meneruskan bacaannya.

Sementara itu, Mak Cik Senah sedang memasak makanan kegemaran anaknya iaitu ikan goreng asam pedas. Sedang dia menggoreng ikan, kuali tersebut hampir terjatuh dan terkena tangannya. Oleh kerana, anaknya akan pulang tidak lama lagi,dia menahan kesakitan itu dan meneruskan memasak walaupun tangannya membekak dan melecur. selepas itu, dia menghidangkan makanan tersebut di atas meja. Beberapa minit kemudian, Amer pulang kerumah. dia terus masuk ke bilik tanpa mempedulikan panggilan ibunya. Mak Cik Senah mengetuk bilik amer tapi tiada jawapan. Tiba-tiba mak cik senah mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah . Dia menyahut salam itu sambil membuka pintu. 'Siapa tu?'tanya mak cik senah. 'Aku ni Piah.' kata Mak Cik Piah. Mak Cik Senah mempesilakan tetamunya masuk. Mak Cik Piah adalah kawan Mak Cik Senah sejak di bangku sekolah lagi. 'Mana anak kau Senah?' Tanya Mak Cik Piah. 'Ada di dalam bilik, tengah belajar. yelah, spm tinggal beberapa bulan je lagi.' jawab Mak Cik Senah. 'Aku datang ni nak bagi kuih baulu yang aku buat tadi.' 'terima kasihlah piah, susah-susahkan kau je.'kata Mak Cik Senah merendah diri.

Setahun sudah berlalu, sekarang Amer sedang berada di sekolah untuk mengambil keputusan spm. Setelah mendapat sijil spm, Amer terus berlari balik ke rumah, dia dengan bangganya memberitahu ibunya bahawa dia mendapat 8a 1b. Mak Cik Senah memeluk anaknya dan mengucapkan tahniah. Dia bersyurkur dan bangga mempunyai anak sebijak Amer. Bebarapa minggu kemudian, Amer mendapat sepucuk surat daripada universiti. Amer mendapat tawaran untuk sambung belajar di luar negara. Mak Cik Senah amat gembira dan bekerja kuat mencari duit untuk menapung pembelajaan amer semasa di sana. pihak sekolah dan kerajaan juga turut membantu dalam segi kewangan.

Mak Cik Senah sedih melihat Amer mengemas beg. Pandangan sayu Mak Cik Senah dapat ditangkap oleh Amer. 'Mak janganlah sedih. Amer pergi untuk belajar. bila cuti amer baliklah.'pujuk amer.
'Amer,jagalah adab dan percakapan kita walau dimana kita berada.'nasihat ibunya.'yelah mak.'Amer memeluk dan mencium tangan ibunya sebelum masuk ke dalam perut teksi. Amer sampai di kuala lumpur kira-kira
pada pukul 6 petang. Amer mengisi perut di sebuah kedai makan sebelum bertolak ke KLIA. Amer bertolak ke London pada pukul 11 malam. Selepas sampai di Lapangan Terbang London, Amer menaiki teksi menuju ke universiti untuk membuat pendaftaran. Sepanjang perjalanan, Amer terpegun dengan suasana dan persekitaran di London. Setelah beberapa minggu berada di London, Amer berkenalan dengan Maria yang juga berasal dari Malaysia.

Sudah empat tahun berlalu, Amer kini kembali ke malaysia. Namun dia tidak memberitahu ibunya. Amer mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat milik ayah Maria. Dia telah membeli sebuah rumah banglo 2 tingkat di kuala lumpur. Manakala Mak Cik Senah sedang sakit tenat di kampung. Dia amat rindukan
anaknya. Setiap hari, dia akan menunggu anaknya balik di depan pintu rumahnya.Amer dan Maria semakin rapat. Mereka merancang untuk berkahwin. Amer memberitahu keluarga Maria bahawa dia anak yatim piatu. Jadi majlis perkahwinan hanya dijalankan di pihak perempuan sahaja.Majlis perkahwinan Amer dan Maria berjalan dengan lancar, tetapi Amer tidak menjemput ibunya.

Tiba-tiba Mak cik senah sesat nafas. Mak Cik Piah mengajarnya mengucap. Umur Mak Cik Senah tidak panjang. Dia meninggal dunia pada hari perkahwinan anaknya.Dalam hanya masa seminggu,Amer menjadi muflis. Dia teringat akan ibunya dan pulang ke kampung. Apabila dia sampai, dia
mendapati rumahnya kosong. Dia ke rumah Mak Cik Piah untuk menanyakan
tentang ibunya. Mak Cik Piah memarahi Amer dan memberitahu bahawa Mak Cik Senah telah meninggal. tetapi sebelum Mak Cik Senah menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat memberi sepucut surat buat Amer. Amer mengambil surat tersebuat dan membaca.

'assalamualaikum nak,
seandainya kamu mendapat surat ini, bermakna ibu telah pergi buat
selama-lamanya. Hajat ibu untuk melihat kamu sebelum ibu memejamkan
mata tidak tercapai. Tapi tahulah bahawa ibu amat merindui dan
menyayangi kamu.
Hari ini, ibu ingin memberitahu kamu rahsia yang ibu simpan selama
ini. Dahulu, kamu dilahirkan dengan tidak sempurna. Doktor memberitahu
ibu bahawa kamu tidak memiliki sebelah mata. Tahukah kamu betapa sedihnya
hati ibu apabila diberitahu bahawa anak ibu tidak sempurna. Oleh
kerana kasih ibu kepada kamu, ibu memberikan sebelah mata ibu untuk
kamu supaya kamu dapat melihat dunia ini.
Nak,maafkan ibu jika ibu tidak dapat menjadi seorang ibu
yang sempurna buat kamu.

ibumu...

No comments:

Post a Comment